Thursday, 3 February 2011

Introduction

Weeheeee...
Hai korang!!
Ok blog ni saje-saje buat. Tapi isi cerita dalam ni akan aku fokuskan kepada hiburan Korea/Jepun, atau apa saje benda yang berkaitan Korea dan Jepun tak kiralah pakai barang elektrik ke, product kecantikkan ke, bahasa ke, sekolah, makanan dan sebagainya.
Apa yang aku cuba sampai kat sini adalah dari sudut pendapat dan pengalaman, juga untuk berkongsi pengetahuan atau apa saja.
Nak kutuk artis tu nak kutuk artis ni.. tak puas hati ke apa2 mmg kat sini..
Mungkin juga akan aku sediakan download link untuk video ke mp3 ke apa-apa jerlah.. Tapi tolong jangan request ke apa sebab aku tak janji akan menunaikannya. Ini adalah blog suka-suki.
So kalau ape benda pendapat dan cerita yang akan aku kongsikan kalau korang tak setuju, itu korang punya pasal.
Segala info-info dan bebelan dari aku adalah dalam Bahasa Melayu, mungkin campur2 sikit English,Korean dan Jepun. Cewaaahhh macam pandai je nak taip semua bahasa, tapi mmg fokus pada BM lah.
Bagi pembaca baru (eleh, ada ke? lol), aku ade gak blog lain yang lama sikit, situ tempat aku membebel pasal life aku. Followers yg lama taulah mana nak cari.
Tapi kat blog ni memang aku fokus kat satu benda je, macam yg dah aku bgtau tadi ye.

Enjoy..
Tunggu next pos.

No comments: